Kami Pakar Servis Baiki Aircond Rumah dan Pejabat di KL, Selangor, Putrajaya, Seremban & Johor Bahru

Lebih 4,000 pelanggan berpuashati di KL, Selangor, Putrajaya, Seremban & Johor Bahru memilih kami sebagai technician servis aircond rumah dan pejabat mereka.

Anda nak aircond sejuk semula tanpa stress pening kepala? Kami sedia bantu anda hari ini juga. Cepat, teliti dan berbaloi!

Dengan lebih 15 tahun pengalaman perkhidmatan servis dan baik pulih penghawa dingin, Technician kami mahir pelbagai jenama AC, profesional tetapi mesra pelanggan, tempahan mudah dan juga pantas, hasil kerja yang sangat kemas dan teliti.

Kami akan pastikan aircond anda sejuk kembali seperti baru dengan jaminan kualiti kerja 30 hari atau pulangan wang penuh 100% jika anda tidak berpuashati.

Adakah anda sedang hadapi masalah di bawah ini?



  • MASALAH AIRCOND tak sejuk atau rosak di rumah?
  • DAH CUBA baiki atau bersihkan sendiri tapi masih tak berfungsi dengan baik?
  • TERFIKIR nak panggil technician tapi TAKUT kena caj mahal dan ada kos tersembunyi?
  • TIDAK YAKIN dengan technician yang tiada rekod kerja yang bagus & tiada jaminan lepas servis?
  • TERCARI-CARI technician profesional yang boleh datang periksa PERCUMA, servis dengan teliti dan caj HARGA berpatutan?

Jika kesemua jawapan anda adalah YA! maka sila teruskan membaca dan JANGAN keluar dari laman ini kerana kami JAMIN anda sedang berada di tempat yang BETUL!!

Pencarian technician untuk baiki aircond anda bakal BERAKHIR di sini hari ini. Ini kerana kami telah bersiap sedia untuk membantu anda!

Memperkenalkan syarikat BERPENGALAMAN dalam industri penyelenggaraan penghawa dingin di Malaysia, SIFU SERVIS AIRCOND. Segala yang anda bakal baca dan lihat di halaman ini adalah bukti kerja sebenar kami di lapangan, bukan sekadar hanya janji manis dan cakap kosong sahaja.

SIFU SERVIS AIRCOND PAKAR SERVIS DAN BAIKI AIRCOND RUMAH & PEJABAT ANDA

SIFU SERVIS AIRCOND ialah penyedia perkhidmatan servis aircond yang komited untuk mengembalikan semula kenyamanan, keselesaan dan keceriaan seisi rumah anda. Tidak seperti yang lain, kami satu-satunya syarikat yang menjanjikan Jaminan Kebersihan, Privasi dan Integriti sebelum, semasa dan selepas servis dijalankan. Kami juga memberikan Jaminan Kepuasan Pelanggan dengan tempoh waranti kerja 30 hari, atau wang dikembalikan sepenuhnya** jika anda tidak berpuashati dengan hasil kerja technician kami. Ini semua adalah demi ketenangan fikiran anda.

#CustomerHappinessFirst #SayYesToQuality

**Tertakluk kepada terma dan syarat.

Google Business Profile Sifu Servis Aircond

Adakah anda sudah cukup yakin dengan kami? Tak perlu lagi buang masa cari tempat lain kerana kami yakin tiada syarikat lain yang mampu beri tawaran harga dan jaminan kualiti kerja setanding Sifu Servis Aircond. Klik butang di bawah sekarang untuk tempah slot servis yang confirm berbaloi dan menguntungkan anda. Serius!

Kawasan Operasi Sifu Servis Aircond

Berita Baik! Tahniah jika premis anda berada dalam senarai kawasan di bawah ini. Anda sangat bertuah kerana anda bakal dibantu sepenuhnya oleh team Sifu Servis Aircond. Tiada caj pengangkutan dikenakan dan juga tiada caj tersembunyi yang bukan-bukan.

Servis pantas, kerja kemas, technician berpengalaman. Jangan tunggu sampai aircond anda rosak teruk. Tekan pada 📍 pin lokasi anda di bawah untuk terus berurusan dengan pegawai khidmat pelanggan kami.

Klik sekarang sebelum slot penuh. Anda pasti tak akan menyesal!

Angka Penting Pencapaian Sifu Servis Aircond

Pelanggan Korporat
Pelanggan Kediaman
Program CSR

11 Sebab Utama Kenapa Sifu Servis Aircond Wajib Jadi Pilihan Bijak Anda

Sifu Servis Aircond (SSA) bukan sekadar penyedia perkhidmatan servis aircond biasa. Kami tampil dengan jaminan servis yang lengkap, professional, dan dipercayai ramai.

Berikut adalah 11 sebab utama paling kukuh kenapa ramai pelanggan kami terus setia dengan SSA dan kenapa anda juga pun patut!

JAMINAN KUALITI SERVIS SEHINGGA 30 HARI

Ini adalah jaminan kualiti perkhidmatan kami. Sekiranya dalam tempoh 30 hari selepas servis aircond anda hadapi masalah yang sama, segera maklumkan kepada kami dan technician kami akan datang memperbaikinya (re-service) tanpa sebarang caj tambahan.

JAMINAN 100% KEPUASAN PELANGGAN

Demi menjaga kualiti servis dan hubungan baik dengan kesemua pelanggan, ami memberi jaminan pulangan wang sepenuhnya sekiranya anda tidak berpuashati dengan hasil kerja servis yang lakukan oleh technician kami tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

JAMINAN HARGA TETAP

Harga pakej yang kami ditawarkan melalui sebutharga kepada anda adalah tetap dan tiada caj tersembunyi. Sekalipun jika ada pertambahan kos seperti alat ganti komponen yang perlu semasa kerja servis dilakukan, pihak kami akan maklumkan dan terangkan keperluannya sebelum mendapatkan persetujuan dan kelulusan anda.

PERALATAN SERVIS TERKINI & MODEN

Kami menggunakan peralatan yang terbaharu dalam industri yang mana ianya sangat efisien, berteknologi tinggi dan selamat. Ini membuatkan kerja penyelenggaraan aircond anda lebih bersih, selamat dan pantas.

JAMINAN KETEPATAN MASA

Kami sangat hargai masa pelanggan kami termasuk anda. Kami amat menitikberatkan punctuality kepada semua kakitangan syarikat. Technician kami akan hadir 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk menilai keadaan dan kedudukan sebenar unit aircond anda bagi melancarkan proses penyelenggaraan yang akan dilakukan.

JAMINAN KEBERSIHAN, PRIVASI & INTEGRITI

Technician terlatih kami akan memastikan bahawa kebersihan rumah anda sebelum, semasa dan selepas proses kerja sentiasa terjaga. Pihak kami juga sangat mengutamakan privasi anda dan keluarga. Technican kami sangat berintegriti dan akan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diamanahkan.

12 TAHUN KEPAKARAN & PENGALAMAN

Dengan kepakaran dan pengalaman yang kami miliki, InsyaAllah, kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda

JAMINAN PENGURUSAN RISIKO

Technician terlatih kami mengamalkan cara kerja yang selamat semasa menjalankan kerja penyelenggaraan. Ia bagi mengelakkan sebarang risiko kecelakaan yang tidak diingini yang akan menyusahkan anda. Pihak kami juga memberi jaminan penggunaan bahan Pencuci/ Kimia berkualiti yang selamat dan menguruskannya dengan teliti dan sempurna.

JAMINAN FOLLOW UP 24 JAM

Kakitangan kami akan melakukan follow up dalam tempoh 24 jam selepas servis unit aircond anda untuk mendapatkan maklumbalas mengenai masalah (jika ada) dan kualiti servis yang telah dijalankan oleh technician kami.

KAWASAN PERKHIDMATAN YANG LUAS

Kami bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda di kawasan seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, sekitar Seremban Negeri Sembilan dan Johor Bharu tanpa sebarang kos pengangkutan. Ini jaminan kami!

TECHNICIAN TERLATIH DAN BERTAULIAH

Setiap technician SSA menjalani latihan khusus dan memegang sijil kelayakan. Mereka bukan sahaja cekap, tetapi juga beretika, ramah dan sanggup beri nasihat penjagaan aircond secara percuma..

Jenama aircond yang SSA pakar untuk servis sekarang

Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan technician syarikat lain, tapi hasil kerja tak memuaskan. Tak mengapa kerana itu cerita lama.

Di Sifu Servis Aircond, kepuasan anda adalah keutamaan nombor satu. Kami janji berikan servis terbaik dengan penuh amanah dan integriti.

Setiap pelanggan kami akan dihubungi semula dalam 24 jam selepas servis untuk pastikan anda puas hati dengan kerja kami. Itu adalah sebahagian daripada S.O.P kami.

Yang paling penting bagi kami, aircond anda kembali sejuk, bersih dan berfungsi sempurna macam baru.

Masih ragu-ragu? Tak mengapa. Biarlah testimoni pelanggan kami sendiri yang buktikan hasil kerja kami.

Testimoni Terkini Pelanggan Kami. Bukti Kepercayaan & Kepuasan Terhadap Sifu Servis Aircond!

Testimonial di bawah ini adalah maklum balas positif daripada pelanggan sebenar Sifu Servis Aircond yang telah mencuba sendiri servis kami. ianya 100% tulen. Tiada satu pun yang direka atau diubah.

Kalau anda nak tahu sejauh mana kepuasan pelanggan kami terhadap servis aircond yang diberikan maka inilah masanya yang di tunggu-tunggu. Bacalah sendiri daripada pengalaman mereka!

Servis aircond terbaik di wangsa melawati

“Alhamdulillah! Semua servis terbaik. Sangat berpuashati. Technician yang datang pun cukup baik. InsyaAllah akan suggest untuk kawan-kawan yang lain.”

Tengku Afif Hj Zul, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Pelanggan dari subang berpuasahati dengan khidmat Sifu Servis Aircond

“Servis yang bagus, teliti & kemas. Technician terangkan terlebih dulu kepada customer sebelum mulakan kerja.”

Tuan Shaifol Noor, Subang Bestari, Selangor

“Alhamdulillah! Technician yang bagus, peramah, baik & cekap dalam melaksanakan tugas. Good Job! Tiptop.”

Puan Wawa, Ampangan, Negeri Sembilan
Customer dari Nilai Negeri Sembilan yang berpuashati dengan servis aircond oleh SSA

“Alhamdulillah! Kerja servis aircond tempoh hari lancar dan baik. Technician datang tepat waktu yang dijanjikan. Kualiti kerja bagus, kemas dan teliti. Technician explain dan tunjukkan kerosakan yang perlu diperbaiki. Beliau juga hormat dan ramah serta menjaga kebersihan semasa bertugas.”

Puan Haslina Abu Hassan, Nilai, Negeri Sembilan

“Alhamdulillah! Perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan. Kendalian kerja servis yang dilakukan sangat tertib dan kemas. Hasil kerja terbaik. Aircond sejuk dan harga berpatutan. Saya dah war-warkan kepada semua kawan dan mereka berminat untuk dapatkan khidmat syarikat ini. Berbaloi & akan terus support untuk guna lagi pada masa hadapan. Selamat Maju Jaya. 5 Bintang daripada kami sekeluarga.”

Tuan Baharudin Ahmad, Meru Klang, Selangor

“Kualiti kerja & penerangan superb. Aircond dah sejuk semula. Ada rezeki saya panggil untuk servis lagi. Akan share your servis to family & friends.”

Puan Naja Anwar, Shah Alam, Selangor
Customer Sifu Servis Aircond dari Klang, Selangor puji servis bagus yang dilakukan

“Alhamdulillah! aircond saya dah sejuk semula seperti asal. Technician datang rumah tepat ikut masa, ramah & cekap buat kerja. Terbaik!”

Puan Nurul Farah Bukhari, Klang, Selangor

“Alhamdulillah! Semuanya okay. Saya paling suka dah dua kali gunakan servis ini saya tak perlu mengemas habuk. Kerja kemas. Terima kasih.”

Puan Mutiara Nasir, Dengkil, Selangor

“Alhamdulillah! Kerja dibuat dengan teliti dan baik, technician bagus dan sopan santun, senang berurusan & ringan tulang, sebarang kerja tambahan technician dapatkan kebenaran sebelum proceed. Kos keseluruhan yang berpatutan. Akan rekomen kepada ahli keluarga lain!”

Tuan Izwan Jallal, Damansara Utama, Selangor
Pelanggan Sifu Servis Aircond dari Cheras KL sangat berpuashati dan berjanji akan repeat order servis lagi

“Servis tempohari terbaik! Cepat, kemas & bersih. Walaupun tempat aircond tu berhabuk, Technician siap bantu bersihkan sekali. Dan dia takde nak offer macam Technician lain untuk tambah itu ini, dia hanya buat apa yang customer request. InsyaAllah! next time boleh guna servis korang lagi.”

Puan Syiera Zainal, Cheras, Kuala Lumpur
Pelanggan Sifu Servis Aircond Batu Caves Selangor berpuashati aircon bertambah sejuk selepas servis

” Aircond dah bertambah-tambah sejuk selepas servis. Tak perlu untuk set temperature rendah lagi. Saya berpuashati dengan hasil kerja semuanya dan akan panggil lagi untuk servis aircond yang lain.”

Tuan Daniel Haqem, Sri Gombak Batu Caves, Selangor
Customer Sifu Servis Aircond Bandar Baru Bangi suka dengan technician yang berpengalaman dan bertauliah

“Technician baik, sangat professional dalam menjalankan tugas. Dia beri semua maklumat mengenai kerosakan dan cara untuk membaikinya.”

Tuan Muhammad Ariq, Bangi, Selangor
Sifu Servis Aircond Shah Alam

“Alhamdulillah! Kerja servis aircond tempoh hari lancar dan baik. Technician datang tepat waktu yang dijanjikan. Kualiti kerja bagus, kemas dan teliti. Technician explain dan tunjukkan kerosakan yang perlu diperbaiki. Beliau juga hormat dan ramah serta menjaga kebersihan semasa bertugas.”

Puan Nurul Eza, Shah Alam, Selangor

Jadi bagaimana? Adakah anda sudah BERPUASHATI DAN PERCAYAKAN kami? Sebenarnya ada banyak lagi testimoni yang anda boleh lihat di bawah nanti.

Tapi sekiranya anda sudah cukup yakin dengan kami berdasarkan kepada testimoni yang anda lihat sebentar tadi, tak perlu tunggu lagi dan cari yang lain kerana ‘Tukang Servis Aircond’ yang TERBAIK untuk anda sedang berada di hadapan mata anda sekarang!.

Klik sahaja butang di bawah untuk whatsapp kami sekarang dan dapatkan sebutharga kami secara PERCUMA!


Ramai pelanggan kami puas hati selepas kami bantu selesaikan masalah aircond rumah tak sejuk. Ini bukti kualiti servis kami terbukti berkesan.

Kami juga bantu ramai pemilik rumah elak kerugian besar contohnya bila tak perlu tukar sparepart aircond mahal atau beli unit aircond baru disebabkan aircond rosak teruk akibat tak servis secara berkala.

Malah, bila aircond diselenggara dengan betul, udara dalam rumah jadi lebih bersih. Ini bantu kurangkan risiko kesihatan keluarga anda.

Rumahku Syurgaku.” Mesti anda pernah dengar ungkapan ni kan? Rumah adalah tempat untuk kita berehat dan luang masa bersama keluarga dalam suasana tenang.

Jangan biar masalah “kecil” ini terus ganggu keselesaan di rumah anda.

Jom teruskan baca untuk tahu macam mana kami boleh bantu anda!

Cara guna Aircond jimat oleh technician Sifu – profesional & mesra pelanggan
Pemilik aircond yang jarang guna aircond perlu servis setahun sekali
Perlu servis aircond setiap 6 bulan sekali
Servis aircond untuk pengguna aircond yang buka setap masa

Daripada 3 kategori di atas, boleh kami tahu anda berada dalam kumpulan yang mana?

Light? Moderate? Hardcore?

Jangan risau, tidak menjadi kesalahan sedikit pun jika anda berada dalam kumpulan yang mana kerana ia adalah hak anda, tetapi apa yang menjadi masalah adalah bila mana terdapat pengguna yang CULAS untuk menunaikan tanggungjawab untuk menyelenggara unit aircond mereka secara berkala unit yang telah bertungkus lumus bekerja siang malam tak kira hujan atau panas bagi memberi keselesaan kepada mereka.

Cuba bayangkan aircond ini seperti sebuah kereta yang digunakan setiap hari, apabila sudah sampai masa, ia perlu diservis. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengelak daripada kerosakan yang memerlukan belanja yang lebih besar kemudian hari.

Begitulah juga fungsi servis dilakukan ke atas aircond anda. Ia bertujuan untuk mengelak risiko kerosakan dan memanjangkan jangka hayat unit aircond anda.

Jangan servis kecuali anda nak biarkan aircond anda rosak dan nak bazirkan wang anda yang banyak untuk kos pembaikan. Cuba elakkan dari perkara tersebut terjadi. Banyak lagi perkara yang boleh dimanfaatkan hasil daripada duit anda untuk keluarga tercinta.

Kalau anda serius mengenai perkara ini, Jom kita set temujanji sekarang!

Anda layak untuk mendapatkan jaminan kualiti kerja sehingga 30 hari atau wakil kami pulangkan semula wang anda jika anda tak puas hati dengan hasil kerja kami. Kami Jamin!

Kenapa aircond perlu di servis?

Kalau anda tengah hadapi masalah aircond tak sejuk, memang bukan mudah nak tahu punca sebenar. Ramai orang cuma tahu buka filter dan cuci habuk je dulu.

Kadang-kadang lepas cuci, aircond jadi sejuk balik. Tapi… sampai bila? Boleh tahan lama ke? Atau akan rosak semula minggu depan?

Tak perlu pening kepala. Serahkan je pada pakar servis aircond yang tahu nak periksa dan baiki dengan cara yang cepat & sempurna.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa aircond rumah anda kurang sejuk. Sekejap lagi kami akan terangkan satu per satu supaya anda lebih faham.

Jangan risau. Kami janji takkan guna istilah teknikal yang buat anda lagi keliru. Kami akan explain dengan bahasa mudah dan senang faham.

Kalau anda nak kami bantu terus, klik je butang kat bawah. Kami sedia dengar masalah aircond anda dan bantu selesaikan dengan segera.

Ini 6 Punca Kenapa Aircond Anda Tak Sejuk

Salah pilih aircond yang betul punca aircond bilik tak sejuk

1. TERSALAH BELI AIRCOND

Memiliki saiz ruang atau bilik yang besar adalah perkara yang menjadi idaman semua, tapi membeli aircond yang hanya bersaiz kecil untuknya adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Di pasaran, terdapat aircond yang mempunyai kapasiti berbeza mengambil kira pengiraan yang ideal untuk menentukan jenis kapasiti sesuai dengan saiz ruangan tersebut.

Jika tidak, ia akan mengakibatkan aircond tidak dapat mengalirkan udara sejuk ke seluruh ruang yang besar dengan baik malahan ia terpaksa berkerja dengan lebih sehingga menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi

Aircond kotor dan berhabiuk punca aircond tak sejuk perlu servis segera oleh technician yang bertauliah SSA

2. FILTER KOTOR BERHABUK

Filter berfungsi untuk memerangkap habuk dan debu daripada memasuki ruangan dalam aircond semasa aircond dihidupkan.

Apabila terlalu banyak kotoran yang terperangkap pada filter, maka ruang udara bersih masuk ke dalam aircond menjadi sempit dan menyebabkan ianya tidak dapat ditukarkan kepada udara dingin untuk keseluruhan ruang bilik.

Installer tak berpengalaman punca aircond tak sejuk perlu di servis segera oleh technician jujur dan berpengalaman sifu servis aircond

3. KONTRAKTOR TERSILAP PASANG

Oleh kerana nak menjimatkan kos pemasangan, ada pengguna yang melantik technican "tak bertauliah" untuk urusan pemasangan aircond baru mereka.

Akibat tidak mahir dengan jenis, syarat dan kedudukan pemasangan yang sesuai, aircond tidak berfungsi dengan baik dan berisiko untuk mudah rosak. Maka pengguna bakal kehilangan wang yang banyak untuk kos repair nanti.

Part komponen Ac rosak punca aircond tak sejuk perlu troubleshoot segera oleh sifu servis aircond

4. KEROSAKAN KOMPONEN DALAMAN

Punca kerosakan komponen elektrik/ kompressor/ kapasitor secara asas tidak dapat diketahui dan ianya tidak boleh dibaiki dengan sendiri oleh pemilik. Banyak komponen kecil ini memperlukan orang yang pakar dan arif didalam bidang untuk mencari punca sebenar kerosakan dan menyelesaikannya dengan baik.

Aircond tak sejuk gas habis perlu trouble shoot segera oleh sifu servis aircond

5. ADA KEBOCORAN GAS

Aircond yang baik tidak perlu pun untuk diisikan gas semula! Percaya atau tidak tetapi itu adalah hakikatnya. Sekiranya aircond kehilangan gas dan menjadi kurang sudah pasti ianya disebabkan oleh kebocoran.

Perkara yang berlaku ini mungkin berpunca daripada masalah pemasangan tidak sempurna seperti nat pecah atau retak, gelung cooper terkoyak, valve telah rosak, cooling coil bocor dan lain lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh technican bertauliah.

Punca aircond tak sejuk oleh Sifu Servis Aircond – pengalaman lebih 10 tahun

6. TERSALAH PILIH TETAPAN MODE DAN SUHU

Sebenarnya terdapat beberapa tetapan di remote aircond. Secara asas, Mode COOL perlu dipilih dan laraskan penggunaan kipas pada kadar yang dikehendaki. Suhu yang dipilih juga memainkan peranan. Jika 10 tahun yang lalu mungkin sahaja tetapan 24-26 darjah sudah memadai bagi tetapan suhu,

Namun kini akibat perubahan cuaca yang sangat ketara di negara kita, tetapan kepada suhu diantara 18 hingga 23 darjah celcius adalah yang paling ideal.

Dah tahu apa masalah aircond anda? Ceritakan kepada kami sekarang dan kami akan bantu berikan sebutharga PERCUMA tanpa sebarang caj!

Anda tak perlu risau kerana tiada paksaan, tiada komitmen, dan kami langsung tak akan berkecil hati kalau anda belum bersedia untuk mendapatkan khidmat kami. Klik butang di bawah sekarang!

Okay! Seterusnya saya nak kongsikan kepada anda 5 tanda yang boleh dijadikan petunjuk bahawa aircond anda perlu diservis dengan segera? Anda nak tahu? Jom kita lihat.

Ini 5 Tanda Aircond Anda Perlu Servis Segera

Bil eleterktik air tanda kena servis aircond di rumah segera oleh Sifu Servis Aircond – harga murah dan berbaloi

1. BIL ELEKTRIK MENINGKAT TINGGI

Sila semak dan siasat jika anda mendapati bil elektrik anda telah melambung tinggi sedangkan anda yakin telah menggunakan barang pekakasan elektrik pada kadar yang sama setiap bulan. Jika peningkatan ini didapati berulang , bermakna aircond anda telah menggunakan lebih tenaga daripada apa yang sepatutnya.

Anda harus memastikan bahawa setiap unit aircond anda adalah berfungsi dengan baik untuk menjamin penggunaan tenaga elektrik yang optimum dan ideal..

Aircond busuk anda kena servis oleh Sifu Servis Aircond – hasil padu dan servis tiptop

2. AIRCOND BERBAU BUSUK

Jika udara yang keluar daripada aircond anda berbau tidak menyenangkan. itu bermaksud bahawa aircond anda mempunyai masalah. Ada juga sesetengah aircond yang mengeluarkan bau hangit terbakar yang mana ia berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan pada komponen elektronik aircond anda.

Sekiranya ia berlaku. anda harus segera mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk menyelesaikannya segera bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang lebih besar

Tanda kena Servis Aircond secara berkala oleh Sifu Servis Aircond – profesional & mesra pelanggan

3. AIRCOND BERBUNYI BISING

Aircond yang baik tidak akan mengeluarkan bunyi bising. Sesuai dengan fungsinya untuk memberi keselesaan, ia sepatutnya tidak mengeluarkan bunyi kuat dan bising sehingga menggangu anda bersama keluarga.

Sila ambil maklum bahawa bunyi bising yang dimaksudkan boleh sahaja terhasil dari unit dalam atau unit luar aircond anda yang mana menunjukkan atau memberitahu "mereka' sedang bermasalah.

Tanda kena Cuci aircond cepat oleh technician Sifu – kerja kemas & pantas

4. BERLAKU ALAHAN / PENYAKIT BERKAITAN UDARA KOTOR

Alahan seperti bersin, batuk, gatal kulit dan resdung adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan pengudaraan yang tidak sempurna dan kotor.

Jika anda atau salah seorang keluarga anda mengalami simptom tersebut, anda harus segera mencari punca ianya berlaku yang mungkin disebabkan oleh udara yang tidak bersih atau bakteria yang dikeluarkan unit aircond anda. Tindakan ini perlu segera diselesaikan segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit yang lebih serius.

baiki aircond murah di KL oleh technician Sifu – trusted

5. AIRCOND PANAS'

Tiada guna jika anda mempunyai aircond tetapi ia mengeluarkan hawa panas dan pengaliran udara yang sedikit.

Anda harus mendapatkan segera khidmat pakar untuk mengetahui masalah yang dihadapi seperti aliran udara tersumbat atau kebocoran gas pada unit aircond anda ini

Masih tercari-cari punca kenapa aircond anda dah tak sejuk? Jangan risau, anda tak keseorangan.

Ramai pengguna ambil mudah soal servis berkala. Ada yang dah guna aircond lebih 5 tahun tapi tak pernah dibersihkan apatah lagi memanggil technician bertauliah untuk datang servis.

Kami yakin anda lebih bijak dan tak akan ulang kesilapan yang sama!

Reminder to service your aircond unit now


Ramai yang rugi besar sebab terlalu kedekut nak servis aircond. Bila komponen utama rosak, akhirnya terpaksa tukar aircond baru kerana semua ni akibat culas servis berkala.

Jangan ulang kesilapan yang sama. Servis aircond secara berjadual bukan saja buat aircond anda lebih bersih, sejuk & jimat elektrik malah ia boleh bertahan lebih lama.

Kami sedia bantu anda. Klik butang di bawah sekarang untuk dapatkan servis dari technician bertauliah kami.

Tahukah anda. Apakah kebaikan jika aircond diservis dan diselenggara dengan baik? Kami kongsikan kepada anda apakah kelebihan yang anda bakal perolehi. Jom!

Ini 4 Kebaikan Servis Aircond Secara Berkala

Pakar cuci aircond murah di KL oleh Sifu Servis Aircond – puas hati

1. AIRCOND ANDA AKAN BERFUNGSI DENGAN LEBIH BAIK DAN CEKAP TENAGA​

Apabila aircond anda diselenggara dengan baik, aircond akan berfungsi seperti baru dan menjalankan tugas dengan baik. Hasilnya ia akan memberikan udara sejuk dan nyaman yang anda dan keluarga inginkan. Ia akan menjadikan suasana di dalam kediaman anda akan lebih tenang dan ceria tanpa sebarang gangguan.

Kebaikan servis aircond murah oleh Sifu Servis Aircond – harga berbaloi, jimat elektrik

2. KOS ELEKTRIK ANDA AKAN LEBIH RENDAH DAN MURAH

Jika sebelum ini anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar kos elektrik yang tinggi akibat tidak servis aircond mengikut jadual, kini anda dapat menggunakan wang sama untuk kegunaan bagi membeli barang keperluan lain yang lebih penting ataupun boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kebaikan servis aircond berjadual oleh SSA – hasil tiptop udara sejuk dan nyaman

3. MENJADIKAN KUALITI UDARA KEDIAMAN ANDA BERTAMBAH BERSIH DAN BAIK

Aircond yang baik akan menghasil udara yang bersih dan selamat, Anda dan keluarga akan terhindar daripada sebarang bentuk simpton alahan dan penyakit berkaitan udara.

Kebaikan Servis Aircond secara berkala oleh Sifu Servis Aircond – pengalaman lebih 10 tahun

4. ANDA AKAN JIMAT DARIPADA RISIKO KEROSAKAN KOMPONEN AIRCOND YANG MAHAL

Bayangkan jika anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk menggantikan komponen gantian yang kecil tetapi mahal harganya,sudah pasti ianya sangat tidak tidak berbaloi. Jika aircond diselenggara dengan baik, sudah pasti perkara sebegini tidak perlu pun untuk difikirkan dan anda akan dapat banyak penjimatan.

Sekarang anda dah tahu kenapa penting servis aircond secara berkala. Tapi yang paling penting… anda kena ambil tindakan!

Jangan tunggu sampai aircond anda rosak terus. Tempah je technician bertauliah dari team kami hari ini.

📌 Kami sedang buka promosi diskaun sehingga 30% untuk servis aircond rumah. Tapi ingat, tawaran ini terhad dan boleh tamat bila-bila masa tanpa notis.

Klik butang di bawah untuk tempah slot sekarang sebelum penuh!

Tak kira macam mana usaha anda bersihkan aircond, yang paling penting ialah hasilnya aircond sejuk dan tahan lama.

Tukang servis aircond memang ramai sekarang. Tapi kalau tersalah pilih technician yang tak mahir, anda mungkin rugi lebih besar nanti.

Masalah aircond boleh jadi pada semua jenis tak kira jenama mahal atau murah, unit besar atau kecil. Yang penting adakah technician tu betul-betul tahu ke cara handle jenama aircond anda?

Servis setiap jenama ada teknik berbeza. Penting untuk pilih technician yang berpengalaman dan tahu cara servis dengan betul.

Dengan lebih 15 tahun pengalaman, kami pakar dalam servis semua jenis aircond di Malaysia. Ramai pelanggan puas hati dengan servis kami.

Pilih kami sebagai Tukang Servis Aircond Terbaik anda hari ini. Klik butang di bawah untuk tempah sekarang!

Terima kasih dapatkan servis aircond dari techician KL

Terima kasih kerana masih bersama kami. Anda mungkin tertanya-tanya, berapa harga servis aircond yang kami tawarkan?

Sebelum itu, kami nak beritahu awal-awal harga servis kami bukan yang paling murah.

Tapi, apa yang kami tawarkan ialah jaminan kualiti servis aircond yang tak semua mampu bagi. Antaranya:

Jaminan 30 HariRe-service PERCUMA jika masalah sama berulang ✅ Money Back Guarantee jika anda tak puas hati

Kami yakin, servis yang bagus jauh lebih berbaloi dari servis murah tapi risiko tinggi.

Why choose us at sifu servis aircond


Jangan biar situasi aircond bermasalah berlarutan. Kami tetap komited untuk beri anda harga mampu bayar dengan kualiti servis aircond terbaik demi keselesaan dan kenyamanan seisi keluarga.

Jom tengok apa yang SIFU SERVIS AIRCOND tawarkan khas untuk anda!

Kami juga ada buat kerja aircond lain seperti Installation, Dismantle, Relocate, Overhaul, Repair dan Wiring. Tapi di sini, kami nak fokus bantu anda selesaikan masalah aircond melalui servis asas terlebih dahulu.

Jika anda perlukan info lanjut tentang servis lain tu, boleh terus hubungi kami ya!

Sila pilih pakej servis mengikut jumlah unit aircond yang anda ada. Harga di bawah adalah untuk unit Wall Mounted / Split Type Unit sahaja.

Tak pasti jenis aircond anda? Jangan risau, klik butang di bawah dan kami akan bantu anda dengan segera!

Harga servis aircond SSA
Harga Chemical Service Sifu Servis Aircond

Lagi Testimoni dengan Rating 5 Bintang & Review Positif daripada Pelanggan Kami di Google Business Profile Sifu Servis Aircond!

SSA beri jaminan kualiti terbaik

Dah tengok testimoni pelanggan kami? Ramai yang dah berpuas hati dan dapat pengalaman servis aircond yang positif bersama kami.

Anda pun boleh rasai sendiri servis yang sama. Ya, anda sedang berada di tempat yang betul kerana kami ada banyak lagi testimoni terbaik untuk anda lihat.

Hubungi kami sekarang untuk tahu lebih lanjut tentang kelebihan & kebaikan servis aircond kami.

InsyaAllah, kami akan bantu selesaikan masalah aircond anda secepat mungkin. Klik butang di bawah untuk mula!

about us sifu servis aircond

Orang Kuat Di Sebalik Sifu Servis Aircond

 

Kami percaya bahawa untuk jadi penyedia perkhidmatan servis aircond No.1 di Malaysia, ia bermula dengan pasukan yang berkualiti, berdedikasi dan penuh pengalaman. Di bawah ini adalah 2 individu utama yang mencorakkan hala tuju Sifu Servis Aircond untuk terus maju memberikan yang terbaik.

Gambar Pemilik Sifu Servis Aircond Pakar Perkhidmatan Aircond Kl Selangor Putrajaya Seremban dan JB
Founder Sifu Servis Aircond Shafiee Yusoff

Pengalaman yang dimiliki dalam bidang teknikal selama lebih 12 tahun bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia membuatkan beliau cukup bersemangat untuk membuktikan bahawa seorang Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan juga mampu untuk berada jauh di dalam bidang kejuruteraan dengan mempunyai minat dan kesungguhan demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.

co founder sifu servis aircond
Co Founder Sifu Servis Aircond – profesional & mesra pelanggan

Seorang yang sangat mengutamakan kualiti kerja dan ketepatan masa. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Kewangan ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan  berhasrat membawa syarikat milik bumiputera berada sebaris dengan syarikat antarabangsa dalam industri perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang 

cara hubungi sifu servis aircond

Kita dah nak sampai ke penghujung dan anda masih terus membaca sampai ke sini, terima kasih kerana ini tandanya anda memang serius nak selesaikan masalah aircond di rumah atau pejabat anda.

Jangan buat kesilapan saat akhir iaitu keluar dari laman ni tanpa tempah temujanji servis aircond dengan team kami. Ramai yang cari murah, tapi akhirnya rugi dua kali sebab kualiti kerja tak setanding.

Dengan kami, anda dilindungi dengan Jaminan Kualiti 30 Hari. Kalau ada masalah lepas servis, kami datang balik PERCUMA tanpa banyak soal.

Jangan tunggu sampai aircond anda makin teruk. Hubungi kami sekarang untuk dapatkan servis aircond terbaik yang jujur, telus dan berpengalaman.

Klik butang di bawah dan team kami akan bantu anda segera. Dapatkan “sejuk” anda semula, makan hidup pun lebih tenang. InsyaAllah.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi luangkan masa bersama kami. Jika ada sebarang kekurangan atau silap dari pihak kami, kami mohon maaf dan terima dengan hati terbuka.

Setiap teguran anda sangat kami hargai untuk kami terus perbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Kami doakan anda sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah. Aamiin.

Sekian, terima kasih dari kami di Sifu Servis Aircond.

DISCLAIMER

Copyright © 2025 Sifu Servis Aircond. All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.

Scroll to Top