Pasti ada sesuatu yang anda sedang cari sehingga boleh berada di laman ini. Jadi saya mohon anda luangkan 3 MINIT bersama kami di sini kerana mungkin kami boleh membantu untuk selesaikan masalah anda!..
Jika kesemua jawapan anda adalah YA! maka sila teruskan membaca dan JANGAN keluar dari laman ini kerana kami JAMIN anda sedang berada di tempat yang BETUL!
Memperkenalkan syarikat BERPENGALAMAN lebih 12 tahun dalam industri perkhidmatan servis aircond iaitu SIFU SERVIS AIRCOND. Apa yang bakal anda baca dan lihat nanti merupakan hasil kerja sebenar syarikat dalam lapangan industri ini.
Sebelum itu, kami jemput untuk anda tonton video di bawah ini. Jom..!
SIFU SERVIS AIRCOND adalah sebuah syarikat penyedia Perkhidmatan Servis Aircond bertujuan untuk membantu anda mengembalikan semula kenyamanan, keselesaan dan keceriaan anda sekeluarga di rumah. Tidak seperti syarikat lain, SIFU SERVIS AIRCOND adalah satu-satunya syarikat yang memberikan Jaminan Kebersihan, Privasi dan Integriti sebelum, semasa dan selepas servis selain memberikan Jaminan Kepuasan Pelanggan/ Jaminan Kualiti Kerja sehingga 30 hari atau Wang akan Dikembalikan Sepenuhnya** sekiranya anda tidak berpuashati dengan hasil kerja Technician kami semata-mata demi untuk ketenangan fikiran anda.
Adakah anda sudah cukup yakin dengan kami? Tidak perlu dah keluar dan mencari di tempat yang lain sebab kami pasti tiada syarikat yang mampu beri tawaran HARGA dan JAMINAN KUALITI KERJA setanding kami. Sila klik butang di bawah untuk dapatkan temujanji yang pasti akan MENGUNTUNGKAN anda! Serius!
Kesemua technician kami adalah profesional, terlatih dan bertauliah dalam urusan penyelenggaraan unit aircond di rumah anda. Anda akan dilayan dengan senyuman dan sikap ramah mereka dalam memberikan khidmat nasihat dan panduan penjagaan aircond dan juga perkara berkaitan.
Ini adalah jaminan kualiti perkhidmatan kami. Sekiranya dalam tempoh 30 hari selepas servis aircond anda hadapi masalah yang sama, segera maklumkan kepada kami dan technician kami akan datang memperbaikinya (re-service) tanpa sebarang caj tambahan.
Demi menjaga kualiti servis dan hubungan baik dengan kesemua pelanggan, ami memberi jaminan pulangan wang sepenuhnya sekiranya anda tidak berpuashati dengan hasil kerja servis yang lakukan oleh technician kami tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Harga pakej yang kami ditawarkan melalui sebutharga kepada anda adalah tetap dan tiada caj tersembunyi. Sekalipun jika ada pertambahan kos seperti alat ganti komponen yang perlu semasa kerja servis dilakukan, pihak kami akan maklumkan dan terangkan keperluannya sebelum mendapatkan persetujuan dan kelulusan anda.
Kami menggunakan peralatan yang terbaharu dalam industri yang mana ianya sangat efisien, berteknologi tinggi dan selamat. Ini membuatkan kerja penyelenggaraan aircond anda lebih bersih, selamat dan pantas.
Kami sangat hargai masa pelanggan kami termasuk anda. Kami amat menitikberatkan punctuality kepada semua kakitangan syarikat. Technician kami akan hadir 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk menilai keadaan dan kedudukan sebenar unit aircond anda bagi melancarkan proses penyelenggaraan yang akan dilakukan.
Technician terlatih kami akan memastikan bahawa kebersihan rumah anda sebelum, semasa dan selepas proses kerja sentiasa terjaga. Pihak kami juga sangat mengutamakan privasi anda dan keluarga. Technican kami sangat berintegriti dan akan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diamanahkan.
Kami bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda di kawasan seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, sekitar Seremban Negeri Sembilan dan Johor Bharu tanpa sebarang kos pengangkutan. Ini jaminan kami!
Dengan kepakaran dan pengalaman yang kami miliki, InsyaAllah, kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda
Technician terlatih kami mengamalkan cara kerja yang selamat semasa menjalankan kerja penyelenggaraan. Ia bagi mengelakkan sebarang risiko kecelakaan yang tidak diingini yang akan menyusahkan anda. Pihak kami juga memberi jaminan penggunaan bahan Pencuci/ Kimia berkualiti yang selamat dan menguruskannya dengan teliti dan sempurna.
Dengan setiap bayaran yang anda buat untuk servis kami, RM2 akan disalurkan ke dalam satu tabung amanah yang mana hasil terkumpul digunakan untuk pembelian bahan pencuci kimia, gas dan alatan berkaitan kerja penyelenggaraan aircond oleh kami. SERVIS PERCUMA ini akan dilakukan di rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan orang tua, masjid atau surau yang terpilih. Saham Akhirat untuk anda!
Kakitangan kami akan melakukan follow up dalam tempoh 24 jam selepas servis unit aircond anda untuk mendapatkan maklumbalas mengenai masalah (jika ada) dan kualiti servis yang telah dijalankan oleh technician kami.
Bagi anda yang dah lama memiliki aircond, kami yakin anda jumpa pelbagai ragam dan karenah technician aircond rumah yang anda pernah lantik sebelum ini. Tentang itu, saya tak mahu sentuh kerana ia bukan urusan kami tetapi bagi kami, Kepuasan anda sebagai pelanggan kami adalah KEUTAMAAN. InsyaAllah kami sedia berkhidmat kepada anda sepenuh hati.
Untuk pengetahuan anda, S.O.P syarikat kami menetapkan bahawa selepas sahaja technician selesaikan tugasan di rumah pelanggan, Dalam tempoh 24 jam, Unit Khidmat Pelanggan kami WAJIB untuk kami menghubungi semula pelanggan tersebut untuk tujuan follow up hasil kerja Technician bertugas dan mengetahui tahap kepuasan pelanggan terhadap kerja servis yang telah kami laksanakan.
Bagi kami apa yang penting, Aircond anda kembali sejuk seperti baru semula dan berfungsi dengan baik. Anda masih tak percaya dengan kami? Jom tengok apa yang telah dikatakan oleh sebahagian dari pelanggan kami. Anda boleh lihat dan nilai sendiri sebahagian maklumbalas positif daripada pelanggan sebenar kami ini. Untuk makluman kesemua testimonial ini adalah dari pelanggan sebenar kami tau! bukan Dummy atau Fake sama sekali.
Jom mari kita lihat di bawah sekarang!
Jadi bagaimana? Adakah anda sudah BERPUASHATI DAN PERCAYAKAN kami? Sebenarnya ada banyak lagi testimoni yang anda boleh lihat di bawah nanti.
Tapi sekiranya anda sudah cukup yakin dengan kami berdasarkan kepada testimoni yang anda lihat sebentar tadi, tak perlu tunggu lagi dan cari yang lain kerana ‘Tukang Servis Aircond’ yang TERBAIK untuk anda sedang berada di hadapan mata anda sekarang!.
Klik sahaja butang di bawah untuk whatsapp kami sekarang dan dapatkan sebutharga kami secara PERCUMA!
Telah terbukti ramai yang sangat berpuashati dengan kualiti perkhidmatan kami selepas kami bantu selesaikan masalah aircond rumah mereka dengan berkesan.
Bukan itu sahaja, malah kami juga telah bantu mereka kurangkan risiko KERUGIAN BERGANDA duit mereka kerana terpaksa tukar sparepart gantian atau lebih malam terpaksa membeli aircond baru sekiranya unit aircond sediada tidak boleh digunakan lagi berlaku akibat tidak diservis dengan teratur dan sempurna.
Selain itu, risiko KESIHATAN KELUARGA mereka juga telah dapat dikurangkan hasil daripada pengaliran udara yang lebih bersih dan segar selepas penyelenggaran aircond dilakukan.
“RUMAH KU SYURGA KU“. Pasti anda pernah mendengar kata-kata ni bukan..? Ternyata ia adalah satu ungkapan yang sangat tepat kerana dari dalam rumah lah tempat kita untuk kita bina kehidupan dengan penuh ketenangan bersama keluarga tercinta.
JANGAN sesekali abaikan masalah yang dianggap kecil yang berlaku di rumah anda begitu sahaja tanpa penyelesaian sehingga boleh mengganggu keselesaan anda sekeluarga.
Anda nak tahu bagaimana kami boleh membantu anda? Sila teruskan membaca…
Daripada 3 kategori di atas, boleh kami tahu anda berada dalam kumpulan yang mana?
Light? Moderate? Hardcore?
Jangan risau, tidak menjadi kesalahan sedikit pun jika anda berada dalam kumpulan yang mana kerana ia adalah hak anda, tetapi apa yang menjadi masalah adalah bila mana terdapat pengguna yang CULAS untuk menunaikan tanggungjawab untuk menyelenggara unit aircond mereka secara berkala yang telah bertungkus lumus bekerja siang malam tak kira hujan atau panas bagi memberi keselesaan kepada mereka.
Cuba bayangkan aircond ini seperti sebuah kereta yang digunakan setiap hari, apabila sudah sampai masa, ia perlu diservis. Tujuannya hanya satu, untuk mengelak daripada kerosakan yang memerlukan belanja yang lebih besar kemudian hari. Begitulah juga fungsi servis dilakukan ke atas aircond anda, Ia bertujuan untuk mengelak risiko kerosakan dan seterusnya memanjang jangka hayat unit aircond anda.
Jangan servis kecuali anda nak biarkan aircond anda rosak dan nak bazirkan wang anda yang banyak untuk kos pembaikan. Cuba elakkan dari perkara tersebut terjadi. Banyak lagi perkara yang boleh dimanfaatkan hasil daripada duit anda untuk keluarga tercinta. Kalau anda serius mengenai perkara ini, Jom kita set temujanji sekarang! Anda layak untuk mendapatkan jaminan kualiti kerja sehingga 30 hari atau wang anda akan dikembalikan sepenuhnya jika anda tidak berpuashati dengan hasil kerja kami. Kami Jamin!
Klik butang di bawah sekarang!
Jika anda mengalami masalah aircond, bukan sesuatu yang mudah untuk anda kenalpasti sendiri puncanya. Cara penyelesaian paling asas yang mungkin anda tahu adalah dengan mengeluarkan filter aircond dan mencuci habuk yang melekat padanya. Sudah semestinya ia adalah cara paling mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Dan apabila anda selesai melakukannya, adakah aircond anda kembali sejuk? Jika ya, adakah anda yakin ia akan boleh bertahan lama? Ya ataupun Tidak, jangan terus peningkan kepala anda untuk memikirkannya, serahkan sahaja kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan SEGERA dan SEMPURNA..
Tahu tak kenapa aircond anda tak sejuk? Ada banyak faktor yang menjadi punca terjadinya aircond tak sejuk ni dan sebentar lagi saya akan kongsikannya kepada anda.
Jangan risau sebab kami tak akan gunakan perkataan yang terlalu teknikal yang mana anda tak nak pun tahu sehingga boleh menyebabkan anda bertambah pening dan stress. Kami janji akan gunakan bahasa mudah untuk anda senang faham.
Sementara anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang mengenai perkara ini, tekan sahaja butang di bawah dan kami sedia mendengar masalah aircond anda dan bantu selesaikannya dengan segera. Klik sekarang!
Memiliki saiz ruang atau bilik yang besar adalah perkara yang menjadi idaman semua, tapi membeli aircond yang hanya bersaiz kecil untuknya adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Di pasaran, terdapat aircond yang mempunyai kapasiti berbeza mengambil kira pengiraan yang ideal untuk menentukan jenis kapasiti sesuai dengan saiz ruangan tersebut.
Jika tidak, ia akan mengakibatkan aircond tidak dapat mengalirkan udara sejuk ke seluruh ruang yang besar dengan baik malahan ia terpaksa berkerja dengan lebih sehingga menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi
Filter berfungsi untuk memerangkap habuk dan debu daripada memasuki ruangan dalam aircond semasa aircond dihidupkan.
Apabila terlalu banyak kotoran yang terperangkap pada filter, maka ruang udara bersih masuk ke dalam aircond menjadi sempit dan menyebabkan ianya tidak dapat ditukarkan kepada udara dingin untuk keseluruhan ruang bilik.
Oleh kerana nak menjimatkan kos pemasangan, ada pengguna yang melantik technican "tak bertauliah" untuk urusan pemasangan aircond baru mereka.
Akibat tidak mahir dengan jenis, syarat dan kedudukan pemasangan yang sesuai, aircond tidak berfungsi dengan baik dan berisiko untuk mudah rosak. Maka pengguna bakal kehilangan wang yang banyak untuk kos repair nanti.
Punca kerosakan komponen elektrik/ kompressor/ kapasitor secara asas tidak dapat diketahui dan ianya tidak boleh dibaiki dengan sendiri oleh pemilik. Banyak komponen kecil ini memperlukan orang yang pakar dan arif didalam bidang untuk mencari punca sebenar kerosakan dan menyelesaikannya dengan baik.
Aircond yang baik tidak perlu pun untuk diisikan gas semula! Percaya atau tidak tetapi itu adalah hakikatnya. Sekiranya aircond kehilangan gas dan menjadi kurang sudah pasti ianya disebabkan oleh kebocoran.
Perkara yang berlaku ini mungkin berpunca daripada masalah pemasangan tidak sempurna seperti nat pecah atau retak, gelung cooper terkoyak, valve telah rosak, cooling coil bocor dan lain lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh technican bertauliah.
Sebenarnya terdapat beberapa tetapan di remote aircond. Secara asas, Mode COOL perlu dipilih dan laraskan penggunaan kipas pada kadar yang dikehendaki. Suhu yang dipilih juga memainkan peranan. Jika 10 tahun yang lalu mungkin sahaja tetapan 24-26 darjah sudah memadai bagi tetapan suhu,
Namun kini akibat perubahan cuaca yang sangat ketara di negara kita, tetapan kepada suhu diantara 18 hingga 23 darjah celcius adalah yang paling ideal.
Okay! Anda sudah dapat kenal pasti punca dan masalah yang dihadapi oleh unit aircond anda? Ceritakan kepada kami dan dapatkan sebutharga anda sekarang. Ingat! ia tanpa sebarang caj dikenakan (PERCUMA) dan kami pun tidak akan berkecil hati jika anda tidak memilih kami. Klik sahaja butang di bawah ini sekarang!
Okay! Seterusnya saya nak kongsikan kepada anda 5 tanda yang boleh dijadikan petunjuk bahawa aircond anda perlu diservis dengan segera? Anda nak tahu? Jom kita lihat.
Sila semak dan siasat jika anda mendapati bil elektrik anda telah melambung tinggi sedangkan anda yakin telah menggunakan barang pekakasan elektrik pada kadar yang sama setiap bulan. Jika peningkatan ini didapati berulang , bermakna aircond anda telah menggunakan lebih tenaga daripada apa yang sepatutnya.
Anda harus memastikan bahawa setiap unit aircond anda adalah berfungsi dengan baik untuk menjamin penggunaan tenaga elektrik yang optimum dan ideal..
Jika udara yang keluar daripada aircond anda berbau tidak menyenangkan. itu bermaksud bahawa aircond anda mempunyai masalah. Ada juga sesetengah aircond yang mengeluarkan bau hangit terbakar yang mana ia berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan pada komponen elektronik aircond anda.
Sekiranya ia berlaku. anda harus segera mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk menyelesaikannya segera bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang lebih besar
Aircond yang baik tidak akan mengeluarkan bunyi bising. Sesuai dengan fungsinya untuk memberi keselesaan, ia sepatutnya tidak mengeluarkan bunyi kuat dan bising sehingga menggangu anda bersama keluarga.
Sila ambil maklum bahawa bunyi bising yang dimaksudkan boleh sahaja terhasil dari unit dalam atau unit luar aircond anda yang mana menunjukkan atau memberitahu "mereka' sedang bermasalah.
Alahan seperti bersin, batuk, gatal kulit dan resdung adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan pengudaraan yang tidak sempurna dan kotor.
Jika anda atau salah seorang keluarga anda mengalami simptom tersebut, anda harus segera mencari punca ianya berlaku yang mungkin disebabkan oleh udara yang tidak bersih atau bakteria yang dikeluarkan unit aircond anda. Tindakan ini perlu segera diselesaikan segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit yang lebih serius.
Tiada guna jika anda mempunyai aircond tetapi ia mengeluarkan hawa panas dan pengaliran udara yang sedikit.
Anda harus mendapatkan segera khidmat pakar untuk mengetahui masalah yang dihadapi seperti aliran udara tersumbat atau kebocoran gas pada unit aircond anda ini
Adakah anda masih buntu mencari punca kenapa aircond anda tak sejuk?
Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak mengambil berat dan mengganggap ianya perkara remeh untuk lakukan servis aircond mereka secara berkala/berjadual. Bukan sesuatu yang mengejutkan ada antara mereka yang tidak pernah membersihkan sendiri aircond mereka sejak ianya dibeli dan digunakan lebih 5 tahun apatah lagi untuk panggil technican bertauliah periksa dan lakukan servis berkala/ berjadual. Kebanyakannya beri alasan tiada bajet. Psst! kami berharap anda tidak sepertimana mereka. Saya yakin anda tidak!
Akibat terlalu kedekut, ramai di antara mereka mengalami kerugian berkali ganda apabila aircond mereka tidak boleh digunakan lagi akibat kerosakan komponen utama aircond mereka akibat culas dalam urusan penyelenggaraan secara berjadual.
Jadi sebagai peringatan ikhlas dari kami untuk anda, tidak ada sebab untuk anda tangguh dan tidak servis aircond anda sepertimana mereka . Kami sentiasa bersedia untuk bantu anda selesaikan masalah dan menjadikan aircond anda lebih bersih, sejuk semula seperti baru dan cekap tenaga. Klik butang di bawah ini sekarang!
Tahukah anda. Apakah kebaikan jika aircond diservis dan diselenggara dengan baik? Kami kongsikan kepada anda apakah kelebihan yang anda bakal perolehi. Jom!
Apabila aircond anda diselenggara dengan baik, aircond akan berfungsi seperti baru dan menjalankan tugas dengan baik. Hasilnya ia akan memberikan udara sejuk dan nyaman yang anda dan keluarga inginkan. Ia akan menjadikan suasana di dalam kediaman anda akan lebih tenang dan ceria tanpa sebarang gangguan.
Jika sebelum ini anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar kos elektrik yang tinggi akibat tidak servis aircond mengikut jadual, kini anda dapat menggunakan wang sama untuk kegunaan bagi membeli barang keperluan lain yang lebih penting ataupun boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aircond yang baik akan menghasil udara yang bersih dan selamat, Anda dan keluarga akan terhindar daripada sebarang bentuk simpton alahan dan penyakit berkaitan udara.
Bayangkan jika anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk menggantikan komponen gantian yang kecil tetapi mahal harganya,sudah pasti ianya sangat tidak tidak berbaloi. Jika aircond diselenggara dengan baik, sudah pasti perkara sebegini tidak perlu pun untuk difikirkan dan anda akan dapat banyak penjimatan.
Dah tahu dan faham kebaikan mengapa perlu untuk servis aircond anda secara berjadual? Apa yang paling penting adalah tindakan anda untuk dapatkan technican bertauliah seperti kami.
Anda perlu ambil peluang hari ini juga untuk tempah temujanji bersama kami untuk mendapatkan harga diskaun sehingga 30% (Tertakluk kepada terma dan syarat). Tawaran ini mungkin akan berubah tanpa sebarang notis dan pada bila-bila masa. Klik butang di bawah ini sekarang juga!
Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh anda untuk membersihkan atau menyelenggara unit aircond anda, sudah pasti yang paling penting adalah hasil yang kita nak perolehi.
Mencari tukang servis atau technician yang ada di luar sana memang ramai dan mudah. Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan yang nampak wow dan murah, kadang kala ia akan mengakibatkan kerugian berganda kepada kita pada masa akan datang.
Masalah aircond boleh terjadi kepada semua orang tidak kira jenama yang mahal ataupun murah, aircond yang besar ataupun kecil.
Pokoknya adakah anda lakukan servis aircond anda dengan berjadual atau adakah technician yang anda panggil betul-betul mahir dengan jenama aircond yang anda gunakan sekarang?. Adalah sangat penting untuk pastikan bahawa technician benar-benar menguasai kemahiran penyelenggaraan aircond yang berbeza cara pengendaliaannya
Adakah Anda yakin dengan Technician anda?
Dengan pengalaman selama 12 tahun dan kepakaran untuk menyelenggara semua jenis jenama aircond di Malaysia. Pilihlah kami sebagai TUKANG SERVIS AIRCOND TERBAIK anda. Sila klik butang di bawah ini sekarang!
Terima kasih kerana anda masih sudi untuk terus kekal di laman ini. Kami yakin anda tertanya-tanya berapakah pakej harga servis yang kami tawarkan bukan?..
Sebelum itu, terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana kami tidak menawarkan dan menjanjikan harga MURAH kepada anda. Sekalipun di luar sana terdapat banyak syarikat perkhidmatan yang memberikan harga yang murah berbanding kami, Kami sangat yakin bahawa mereka tidak mampu untuk memberikan JAMINAN KUALITI SERVIS (Jaminan Kualiti 30 Hari / Re-service Percuma / Money Back Guarantee) setanding atau lebih baik sepertimana yang kami berikan.
Jangan biarkan situasi di atas berlaku kepada anda. Apapun sebenarnya kami tetap komited untuk memberikan HARGA MAMPU BAYAR dengan KUALITI SERVIS TERBAIK semata-mata untuk kami bantu anda mengembalikan kenyamanan, keselesaan dan keceriaan di rumah demi keluarga tercinta.. Jom! Kita lihat apa yang SIFU SERVIS AIRCOND sedia tawarkan kepada anda.
Untuk makluman, kami juga menawarkan khidmat lain berkaitan Aircond seperti kerja Installation, Dismantle, Relocate, Overhaul, Repair, Wiring dan lain-lain. Akan tetapi kami hanya ingin FOKUS berikan anda harga bagi perkhidmatan SERVIS sahaja khas untuk menyelesaikan masalah utama anda. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai pakej perkhidmatan kami yang lain tu, sila hubungi kami okay!
Sila buat pilihan pakej berdasarkan keperluan dan jumlah unit aircond anda. Harga yang dinyatakan di bawah ini adalah bagi aircond jenis “Wall Mounted/ Split Unit” sahaja. Sila hubungi kami sekiranya anda kurang pasti mengenai jenis aircond anda untuk kami bantu segera. Apa sahaja perkara/pertanyaan mengenai aircond anda?. Sila hubungi kami sekarang! Klik butang di bawah ini.
Berpuashati dengan testimoni pelanggan kami ? Ingin dapatkan pengalaman yang positif sama sepertimana mereka. Anda sedang berada dalam laman yang betul kerana kami miliki banyak lagi koleksi testimoni terbaik seperti ini.
Hubungi kami SEKARANG untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan kebaikan tentang perkhidmatan kami khas untuk anda. InsyaAllah kami akan selesaikan masalah aircond anda dengan segera. Klik butang di bawah sekarang!
Pengalaman yang dimiliki dalam bidang teknikal selama lebih 12 tahun bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia membuatkan beliau cukup bersemangat untuk membuktikan bahawa seorang Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan juga mampu untuk berada jauh di dalam bidang kejuruteraan dengan mempunyai minat dan kesungguhan demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
Seorang yang sangat mengutamakan kualiti kerja dan ketepatan masa. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Kewangan ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan berhasrat membawa syarikat milik bumiputera berada sebaris dengan syarikat antarabangsa dalam industri perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang
Kita telah sampai ke penghujung laman ini. Amat RUGI jika anda keluar dari laman ini tanpa menghubungi kami terlebih dahulu semata-mata ingin mencari penyedia perkhidmatan servis aircond lain atas sebab harga atau lain-lain.
Kami akui soal persaingan dalam perniagaan adalah satu cabaran besar. Ada ramai pengusaha di luar sana yang suka bermain dengan harga servis tetapi kami tidak akan sama sekali lakukan perkara sedemikian. Kami tidak berkompromi dengan soal kualiti perkhidmatan dan mutu kerja syarikat kami.
Hubungi kami hari ini juga untuk mendapatkan temujanji servis terbaik daripada kami. Kami menjanjikan perkhidmatan yang jujur, telus dan berintegriti dalam setiap urusan kerja kami dalam industri ini untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah! Klik butang di bawah sekarang!
Akhir kata, TERIMA KASIH kerana sudi luangkan masa bersama dengan kami, pihak kami memohon ampun dan maaf andai berlaku kesilapan atau kekurangan semasa kita berurusan. Kami akan jadikan teguran anda sebagai peringatan untuk tujuan penambahbaikan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Kami doakan agar anda senantiasa di bawah rahmat dan lindungan Ilahi. Amin
Sekian, terima kasih.
DISCLAIMER
All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.