2 Jenis Servis Aircond Yang Patut Anda Tahu

Pagi ini merupakan pagi Ahad yang indah lebih-lebih lagi hari ini merupakan hari cuti. Lepas solat subuh adalah peluang untuk sambung tidur. Hihi… Tetapi, tiba-tiba terbantut niat di hati. Aircond panas. Berpeluh peluh macam pergi jogging di taman pulak. Alamak. Hari Ahad ini ada ke technican yang boleh datang tengok dan baiki masalah aircond ini.

Apalagi google kan ada, Search je “aircond service near me” dan hubungi satu persatu semua nombor yang keluar. Sebagai pengguna inilah langkah pertama yang akan dibuat oleh semua tanpa menyedari bahawa terdapat beberapa jenis perkhidmatan servis aircond untuk dipilih. Orang kita sebenarnya tidak kisah sangat benda ini, yang penting murah!.. Eh silap yang penting selesai masalah kan..

Berikut adalah 2 jenis perkhidmatan servis yang biasa ditawarkan di pasaran.

1. Servis Biasa (Normal / Minor Service)

Ini adalah servis asas di mana ia hanya menggunakan air untuk membersihkan. Servis jenis ini boleh dilakukan satu hingga 3 bulan sekali. Dengan melakukan servis biasa ini akan akan mendapati aircond anda akan mengeluarkan udara yang bersih dan segar semula. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa servis biasa ini tidak mampu membersihkan kotoran secara menyeluruh tau!

2. Servis Kimia (Chemical / Major Service)

Untuk servis jenis ini, anda dinasihatkan untuk melakukannya sekurang-kurang sekali setiap tahun bergantung kepada cara penggunaan anda samada kerap atau tidak.Dengan servis ini, kesemua kotoran yang terdapat dibahagian dalam kondenser dan kompressor dapat dicapai dan dikeluarkan dengan jayanya. Hasil daripada servis ini lebih berkesan untuk menghilangkan udara berbau busuk, aircond tidak sejuk, aircond berbunyi atau air menitik dari unit aircond anda. Jangan risau kerana bahan kimia yang digunakan adalah selamat dan mematuhi piawaian untuk digunakan di pasaran.

Biar apapun jenis servis yang anda perlukan matlamat utama kita melakukannya adalah untuk memastikan bahawa aircond anda berfungi dengan baik, mampu untuk menjimatkan tenaga elektrik dan boleh memanjangkan jangkahayat aircond itu sendiri.

Sekian, terima kasih. Jumpa lagi! Bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *