Ketahui Kenapa Anda Wajib Ambil Technican Servis Aircond Yang Bertauliah

Soal tentang berjimat cermat adalah satu perkara yang menjadi keutamaan pada masa kini. Berkait dengan keadaan ekonomi yang menguncup dan kadar harga barang yang tinggi menyebabkan ramai di antara kita berusaha keras untuk mengurangkan perbelanjaan dengan mencari harga yang paling rendah untuk mendapatkan sesuatu perkara. Memang diakui, Dalam kes servis aircond ini, harga yang murah tidak semestinya tidak berkualiti dan yang mahal tidak semesti berkualiti. Tetapi apa yang paling penting adalah mengenai sejauh mana pengalaman dan pengetahuan seseorang technican dalam industri tersebut.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan beberapa dialog dalam babak yang mungkin anda pernah alami sendiri semasa dalam proses memilih technican untuk menyelenggara unit aircond di rumah anda.

“Saya nak harga servis yang paling murah di pasaran!”

Ada sesetengah dari kita mencari technican yang beri harga servis murah dengan cara mudah dan cepat melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram tanpa menyelidiki latar belakang sebenar mereka. Atas dasar percaya, anda membuat bayaran booking dan apabila tiba hari servis, secara tiba-tiba tanpa siasatan menyeluruh, tehcnican menyatakan bahawa aircond anda mengalami kekurangan gas dan perlu diisikan semula.

Oleh kerana anda percaya bahawa seorang “Pakar” telah berkata-kata, maka anda pun membuat bayaran tambahan tanpa banyak bicara. Selepas beberapa hari, anda dapati aircond anda kembali bermasalah dan tidak sejuk. Anda pun cuba untuk menghubungi Technican yang telah melakukan servis sebelum ini namun usaha anda telah gagal.

Selepas merasakan diri telah tertipu, anda terpaksa menghubungi technican lain untuk datang dan melihat semula masalah aircond anda. Ternyata setelah dibuat siasatan, terdapat kebocoran yang menyebabkan gas berkurangan yang mana perkara ini langsung tidak dinyatakan oleh technican sebelum ini. Anda terpaksa untuk membayar kos pembaikan dan kini ternyata anda terpaksa membayar 2-3 kali ganda lebih mahal untuk kos servis aircond yang boleh diselesaikan dengan sekali bayaran sahaja.

“Saya boleh melakukannya sendiri!”

Pada satu hari, isteri anda telah mengadu kepada anda mengenai keadaan aircond di dalam bilik yang dah tak sejuk. Maka anda pun terus cakap bahawa anda mampu untuk bersihkan sendiri aircond tersebut tanpa perlu panggil technican. Youtube kan ada boleh bantu! senang je tu”

Tidak dinafikan bahawa usaha anda sebagai seorang suami membuat kerja-kerja rumah adalah satu kerja yang murni namun kerja membersihkan aircond tidak mudah seperti mana yang disangkakan. Terdapat bahagian yang tidak dapat dicapai dan dibersihkan dengan menggunakan peralatan biasa yang mana ianya perlu dibersihkan menggunakan bahan kimia dan peralatan khas.

Andai kotoran ini tidak dikeluarkan dengan sempurna, ianya akan menebal dan akan merosakkan komponen dalaman secara senyap dari semasa ke semasa. Risiko lain yang mungkin anda akan hadapi adalah terkena renjatan kerana kurang memahami komponen elektrik yang ada di dalam unit aircond anda. Ingatlah!, Adakah berbaloi ingin berjimat, anda sanggup untuk merisikokan nyawa anda sendiri.

Sehubungan dengan itu, nasihat ikhlas kami adalah serahkan sahaja kepada pakar untuk lakukan servis aircond anda. Tidak semua perkara dalam dunia ini kita mampu untuk lakukannya sendiri. Bukankah kita diciptakan ini untuk saling lengkap melengkapi? Bye, Jumpa lagi di lain artikel akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *