Melalui pengalaman kami sepanjang dalam industri ini, 70% daripada pelanggan baru yang menghubungi kami untuk lakukan servis aircond adalah mereka yang tidak sedar bahawa aircond mereka telah pun rosak. Percaya atau tidak tapi itulah realitinya.
Berikut merupakan tanda yang wajib untuk anda ambil tahu untuk segera lakukan servis agar tiada kerosakan besar terhadap unit aircond anda:
1. Aircond Anda Mengeluarkan Bau
Bau pelik atau busuk yang keluar adalah berpunca daripada kotoran dan habuk yang telah terperangkap lama di dalam aircond anda. Apabila aircond anda dihidupkan udara yang terhasil telah bercampur dengan bakteria jahat sehingga menghasilkan udara yang kurang menyenangkan ini.
Anda harus ambil berat tentang perkara ini kerana bakteria jahat ini mampu untuk mempengaruhi kesihatan anda keluarga. Penyakit yang selalu dikaitkan dengan udara yang tidak bersih/sihat ini adalah batuk, selsema, asma, keradangan kulit dan lain-lain lagi.
2. Aircond Anda Menitiskan Air
Aircond yang berfungsi dengan baik tidak akan menyusahkan anda dan apabila anda mula melihat air menitis ke lantai daripada unit dalam aircond anda, itu petanda bahawa aircond anda bermasalah. Tidak cukup hanya dengan menadah air yang keluar menggunakan baldi, solusi terbaik adalah segera memanggil technican bertauliah untuk menyelesaikannya.
Terdapat perkara yang mungkin memerlukan siasatan lanjut oleh pakar untuk mencari punca mengapa ianya berlaku. kerosakan komponen, kotoran, sistem pengaliran tersekat antara punca yang menyebabkan perkara di atas berlaku seterusnya melakukan servis aircond di rumah anda dengan segera!..
3. Aircond Mengeluarkan Udara Panas
Tiada guna anda memiliki sebuah aircond jika ia menghasilkan udara panas untuk anda. Jika unit anda tidak sejuk, anda mungkin boleh cuba menyelesaikannya dengan mengeluarkan penapis dan membersihkannya dengan air. Debu dan kotoran yang terkumpul ini mungkin menjadi punca.
Walau bagaimanapun, jika dengan cara ini aircond anda tetap tidak berfungsi dengan baik dan mengeluarkan udara panas, maka sudah tiba masanya untuk anda segera menghubungi technican untuk lakukan penyelenggaran menyeluruh unit aircond anda. Penyelenggaraan yang dimaksudkan adalah merangkumi siasatan fungsi komponen aircond dan melakukan pembersihan menggunakan bahan kimia. Dengan menggunakan cucian kimia ini, segala kotoran yang terperangkap yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dapat dibersihkan sepenuhnya.
Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu anda untuk segera memanggil technican bertauliah datang melakukan pemeriksaaan dan servis aircond rumah anda! Jumpa lagi. Bye.