Nama saya Puteri berusia 26 tahun dan merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat antarabangsa di Kuala lumpur. Sebagai anak bongsu di dalam keluarga, sudah tentu saya adalah yang paling disayangi dan paling manja dikalangan adik beradik yang lain. Semua urusan berkaitan rumah akan ku serahkan kepada mama, papa ataupun abang sahaja. Sehinggalah pada satu hari, saya tekad untuk cuba hidup berdikari duduk di rumah kepunyaan keluarga berhampiran dengan tempat kerja.
Maka cabaran hidup saya pun bermula. Pada satu malam, aircond di dalam bilik buat hal lah pulak. Tak nak sejuk macam selalu. Oleh kerana dah janji pada diri konon-konon nak cuba berdikari dan tak mahu menyusahkan keluarga dengan perkara yang dianggap kecil ini, maka saya pun memulakan proses menggoogle untuk mencari orang yang boleh selesaikan masalah aircond ini. Dan bermulalah mimpi ngeri saya!
Dan dipendekkan cerita, dapat lah satu technican untuk servis aircond. Dalam iklan tulis RM80 je.Murah tu beb!. Apabila mereka sampai, belum pun kerja dimulakan, mereka dah ingatkan saya untuk bayar duit tambahan caj penggangkutan kerana lokasi rumah saya adalah diluar kawasan operasi mereka. kira diorang outstation lah tu. okaylah itu takpe lagi. Selepas selesai semua urusan, mereka cakap terdapat kerosakan teruk pada kompresor dan telah buat penukaran komponen baru di dalamnya tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada saya. Paling terkejut apabila mereka mengemukakan bil keseluruhan berjumlah lebih RM 1,000.00. Fuhh! Oleh kerana terlalu naif tentang perkara ini dan tiada pilihan lain, saya terpaksa lah juga untuk membayar keseluruhan bil tersebut.
Kesian akak ni!
Mencari technican aircond di facebook atau google memang mudah, dengan sekali klik! pasti anda akan dapat beribu pilihan yang keluar. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda perlu membuat pilihan tepat dan bijak semasa membuat perbandingan mutu perkhidmatan servis mereka.
Jadi di sini, kami ingin kongsikan kepada anda 4 perkara yang anda perlu tahu bahawa anda bakal tertipu dengan tukang servis aircond!
1. Perkataan “Semua Boleh Bossku!”
Apabila anda menghubungi mereka, tanpa banyak soal mereka terus datang tanpa menyatakan sebutharga yang dipersetujui, maka anda akan berdepan risiko bakal dicekik oleh mereka. begitu juga jika anda meminta untuk mereka buat tambahan kerja itu dan ini dan mereka melakukkannya tanpa menceritakan sebarang kos yang terlibat, jangan terkejut bila akhirnya nanti anda yang akan menangis sendirian di bucu aircond anda. Gurau!
2. Menawarkan “Harga Super Murah!”
Ramai orang berkata yang mahal tak semestinya bagus tetapi jika harga servis yang ditawarkan terlalu murah, adakah anda tidak terfikir mengapa dan bagaimana mereka mampu untuk memberikan harga sebegitu?. Untuk makluman anda, di dalam setiap sesuatu industri, terdapat satu guideline yang telah dikeluarkan oleh satu badan selia yang melakukan kajian kos bahan mengikut kepada pasaran semasa bagi menentukan harga minimal atau maksimum yang boleh dikenakan oleh semua pemain industri yang berdaftar. Sama sepertimana di dalam bidang ini, ada jadual harga yang telah ditentukan sebagai rujukan, jadi kami tidak mahu menyatakan mereka salah kerana menawarkan harga murah tetapi saya saya lebih suka untuk mengingatkan agar anda harus lebih berhati hati dengan iklan yang diwar-warkan terutama dalam bab kualiti kerja yang akan ditawarkan kerana boleh jadi nanti kerana nak sangat berjimat dengan mengambil tehcnican yang murah anda akan berdepan risiko terpaksa membeli unit aircond yang baru!
3. Gagal Menjawab Soalan Anda
Jika digelar sebagai Pakar adalah menjadi satu kewajipan untuk mampu menjawab apapun persoalan yang dibangkitkan oleh pihak yang bertanya dengan jelas, tepat dan pantas. Oleh itu, jika “Pakar” tersebut menjawab dengan “Erm … Arrhhh .. atau “Tunggu kejap saya nak dapat kepastian terlebih dahulu”, maka anda sudah patut tahu bahawa sebenarnya mereka tidak cukup memahami aircond anda dengan baik.
4. Testimoni yang tidak memuaskan oleh Pelanggan Terdahulu
Kaji dan selidik dengan cara membaca review dari pelanggan terdahulu akan menyelamatkan anda dari masalah mendatang. Jika lebih daripada 3-4 pelanggan meninggalkan ulasan buruk ke atas syarikat tersebut, maka ia adalah petanda yang menunjukkan bahawa anda harus menjauhkan diri daripada mereka. Dalam kata lain, kita hanya mempunyai masa yang singkat dalam sehari dan orang tidak akan membuang masa semata-mata mahu memberikan bad review ke atas sesuatu produk atau servis kecuali memang pelanggan tersebut telah mengalami mimpi buruk di kerja kan oleh syarikat tersebut.
Banyak lagi tanda-tanda lain yang boleh menjadi petunjuk yang anda bakal tertipu dengan tukang servis aircond tidak bertauliah ini sebenarnya. So, kami akan kongsikan pada masa akan datang okay. Bye! Jumpa lagi..