Aircond merupakan salah satu alatan elektrik yang wajib ada di setiap rumah pada masakini terutama bagi mereka yang duduk di bandar kerana cuaca yang panas tidak kira siang ataupun pada malam hari. Tetapi saya ingin bertanya, sejujurnya berapa ramai di antara kita yang telah mempunyai jadual khusus untuk tarikh lakukan servis aircond mereka pada setiap tahun?
Ramai orang tidak kisah membelanjakan beribu-ribu ringgit wang mereka bagi memenuhi kehendak seperti pergi melancong ke luar negara, membeli pakaian berjenama dan lain-lain lagi tetapi apabila ia berkaitan dengan keperluan, selalu kita akan memberikan bermacam-macam alasan untuknya.
Ini adalah realiti sebenar terutama apabila kita bercakap mengenai hal maintainance aircon. betul tak?. Berikut adalah alasan paling top yang sering digunakan.
1. “Takde Duit lah!”
Ini adalah alasan yang paling popular, dalam semua hal bukan hanya untuk servis aircond sahaja. Anda harus sedar bahawa jika inilah satu-satunya alasan anda, anda WAJIB untuk set kan siap-siap tarikh untuk lakukan penyelenggaran aircond anda, kerana dengan cara itu, anda sebenarnya boleh memanjangkan jangka hayat umur aircond anda dan meningkatkan kecekapan aircond anda sehingga 95%!
Cuba bayangkan dengan itu anda telah menjimatkan banyak duit anda daripada terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi akibat aircond menggunakan lebih kuasa ataupun lebih malang terpaksa membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli unit baru di kemudian hari. Jadi sila lakukan pengiraan dengan bijak!
2. “Takde Masa lah!”
Kita semua diberikan 24 jam dan bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya sepenuhnya. Zaman telah berubah, tidak seperti dulu yang mana proses menyelenggara aircond mungkin mengambil masa yang lama, tapi kini dengan peralatan moden dan technican yang berkemahiran tinggi telah mempercepatkan proses tersebut iaitu dalam tempoh sejam sahaja! Tiada lagi alasan untuknya.
3. “Saya Boleh Buat Sendiri lah!”
Tiada seorangpun di antara yang tahu dalam semua benda, walaupun kita dikenali sebagai seorang yang pandai. . Sebagai contoh, Seorang Jurutera tidak mampu lakukan kerja seorang petani begitu sebaliknya. Kepakaran dalam sesuatu bidang itu adalah terhasil daripada pengalaman yang telah dilalui bertahun lamanya dalam melakukan perkara tersebut. Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan untuk menyerahkan sahaja kerja servis ini, khususnya berkaitan komponen aircond kerana tidak berbaloi oleh kerana sikap terlalu kedekut kita cedera atau maut terkena renjatan elektrik.
4. “Aircond Masih Sejuk lah!”
Ya betul aircond anda masih sejuk. Walaubagaimanapun, adakah anda sedar bahawa terdapat banyak kuman yang telah berkumpul dan terperangkap sekian lama di dalam unit aircond anda andai ianya tidak dibersihkan dengan sempurna dan teratur. Kuman-kuman ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, sakit tekak, batuk atau gatal kulit dan sakit mata. Sesungguhnya nikmat sihat adalah jauh lebih baik daripada apa pun di dunia ini.
5. “Membazir lah!”
Chop! Jika anda fikir servis aircond secara berjadual itu suatu pembaziran, cuba bayangkan jika aircond rosak. berapa banyak yang terpaksa anda bazirkan untuk kos pembaikan yang mahal ataupun anda terpaksa membeli unit aircond baru nanti?
6. “Tunggu Promosi lah!”
Ini merupakan alasan yang paling unik. Oleh kerana malaysia mempunyai banyak cuti perayaan dan peristiwa khas, ada antara menantikan tawaran harga istimewa yang akan dikemukakan oleh pihak syarikat bagi mendapatkan harga terbaik. Adalah malang sekiranya anda terlepas promosi tersebut dan aircon anda mengalami kerosakan teruk. Adakah sikap menunda anda itu berbaloi?
Apapun alasan yang diberikan di atas, semoga anda tidak tergolong sepertimana mereka. Jadi lakukan lah servis aircond secara berjadual. Anda akan tenang tanpa perlu memikirkan masalah yang tidak perlu. Bye, Jumpa lagi!