3 Manfaat Utama Apabila Servis Aircond Secara Berjadual

“Alkisah… Akhirnya saya telah bertemu dengan tuan yang baru. Melalui gaya penampilannya, Nampak dia seperti seorang orang berkerjaya dan berjawatan tinggi. Dia telah membawa saya pulang ke rumah besarnya yang tersergam indah.

Saya teruja dan berasa sangat gembira!. Itulah perasaan saya kira- kira dua tahun yang lalu. Bermula dari hari itu, Saya telah bekerja untuk keluarga tuan saya tidak kira siang dan malam bagi memberikan suasana dingin dan selesa tanpa sedikit rasa jemu. saya lihat tergambar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah mereka sekeluarga.

Tetapi sejak akhir-akhir ini saya terasa sangat letih dan tidak bermaya lagi, badan saya menjadi berat dipenuhi dengan debu dan habuk kotoran. Terdapat banyak kuman berbahaya melekat sehingga menyebabkan sakit saya bertambah teruk. Angin panas selalu keluar daripada badan saya sehingga menyebabkan peluh saya menitik membasahi ruang lantai.

Dan pada satu malam, saya diserang batuk kuat sehingga menyebabkan bunyi itu mengganggu ahli keluarga tuan saya. Apa sebenarnya yang berlaku kepada saya ni? Adakah saya dah nak mati? tolong tuan. Saya takut!

Tuan! cepatlah bantu saya tuan, carikan ubat penawar penyakit saya ini tuan. kasihanilah dan hargailah saya. saya janji sekiranya tuan bantu dan jaga kebajikan dan kesihatan saya dengan baik, saya akan berkhidmat dengan tuan dengan lebih lama!.

Demikian luahan rasa sebuah ______________________ (Boleh isikan jawapan anda)

Tahukah anda, inilah sebenarnya perasaan aircond anda. Tapi malangnya mereka tak dapat meluahkan perasaan sebenar mereka sama sepertimana manusia. Tidak mengapalah! Asalkan kita seorang pengguna yang bertanggungjawab ke atas aircond milik kita sendiri. InsyaAllah jika aircond diperiksa, dibersihkan dan di servis secara berjadual, manfaatnya akan kembali kepada kita semula.

Berikut adalah kelebihan utama jika kita melakukan Servis Aircond kita secara berjadual dan teratur:

1. Kesihatan Ahli Keluarga Anda Terjamin

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang alah kepada udara tidak bersih dan kotor, anda wajib untuk memastikan aircond anda menghasilkan udara bersih sepanjang masa. Ini kerana jika aircond anda kotor ia akan memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka kelak. Sekiranya penghawa dingin tidak dibersihkan dengan teliti, ia akan menyebabkan kuman dan bakteria membiak. Bayangkan jika udara kotor berkuman ini masuk ke dalam paru-paru, ianya pasti menjadi kepada pelbagai masalah pernafasan termasuk radang paru-paru yang boleh membawa maut!

2. Menjimatkan Banyak Wang Anda

Tahukah anda bahawa jika aircond tidak diservis lama, kotoran habuk dan debu yang melekat pada filter akan menyekat aliran udara bersih untuk masuk ke dalam blower. Ini akan menyebabkan kipas blower perlu bekerja berkali ganda untuk mengeluarkan udara sejuk untuk anda. Kompressor aircond anda juga terpaksa bekerja keras seterusnya menyebabkan bil elektrik anda melambung tinggi. Oleh itu, jika anda fikir bahawa servis aircond secara berjadual adalah hanya satu pembaziran, anda perlu sedar bahawa aircond yang kotor adalah punca pembaziran sebenar yang membakar wang anda secara berterusan tanpa anda sedari!

3. Memanjangkan Jangka Hayat Aircond Anda

Pernah dengar tak sampai 5 tahun dah terpaksa beli aircond baru? Samada nak bergaya atau aircond tu dah rosak, sebenarnya anda tidak perlu menukar aircond sebegitu cepat jika anda servis aircond anda secara berjadual dari semasa ke semasa. Anda mungkin terkejut bahawa aircond yang diselenggara dengan baik sebenarnya boleh bertahan hingga 20 hingga 25 tahun!

Cuba kira jumlah yang anda gunakan untuk membeli unit aircond baru tu.Alangkah baiknya jika dulu duit itu digunakan untuk buat servis aircond secara berjadual dulu.Pasti banyak yang boleh dijimatkan dan aircond akan bertahan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *