3 Jenis Pengguna Dan Bila Masa Terbaik Untuk Servis Aircond Rumah Anda?

Syukur Alhamdulillah kerana kita dilahirkan di Malaysia, Negara kita tercinta yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa yang hidup dalam rukun dan damai. Di samping itu juga kita cukup bertuah kerana setiap hari kita dapat menikmati cahaya matahari yang cerah bersinar.

Akibat daripada itu, suhu di malaysia kadangkala boleh meningkat dengan mendadak mencecah sehingga 40 darjah celcius. Dan boleh dikatakan hampir setiap rumah di negara kita terutamanya di bandar besar akan memiliki aircond yang bekerja tidak kira pada waktu siang ataupun malam untuk beri keselesaan kepada keluarga.

Kami sangat yakin bahawa anda juga mempunyai sekurang-kurangnya satu unit aircond di rumah kan?. Jadi adakah anda tahu bahawa sangat penting untuk menjaga dan memastikan unit aircond dalam keadaan baik untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk anda?

Berapakah kekerapan /pusingan jangkamasa yang terbaik untuk servis semula aircond anda? sebulan sekali kah? 3 bulan kah? 1 tahun sekali kah?

Ada yang berkata, “kalau lebih kerap adalah lebih baik” tapi pendapat itu sebenarnya adalah salah!. Untuk makluman anda, keperluan untuk melakukan servis ke atas unit aircond anda adalah bergantung kepada cara penggunaan anda.

Di sini, kami akan berkongsikan kepada anda Bagaimanakah cara untuk menetapkan tempoh bila anda perlu hubungi technican untuk servis aircond anda.

1. Light User

Kategori ini adalah apabila anda hanya menggunakan aircond sekali sekala sahaja. Itupun jika keadaan cuaca yang sangat panas sehingga menyebabkan anda dan keluarga tidak dapat tidur dengan selesa.

Contoh lain dalam katergori ini adalah anda tidak menetap di rumah tersebut (rumah persinggahan) dan hanya menggunakan aircond anda sebanyak 2-3 kali sebulan, maka anda berada dalam kategori ini. Dalam kes ini, anda hanya perlu memanggil technican datang untuk servis cucian kimia sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membersihkan habuk dan kotoran yang terperangkap.

2. Moderate User

Adakah anda hanya menggunakan aircond semasa nak masuk tidur dan buat tetapan masa pada remote control untuk menutup aircond secara automatik untuk satu jangkamasa yang dikehendaki apabila bilik sudah cukup sejuk?.

Dan kalau waktu siang anda tidak langsung bukak aircond hanya menggunakan kipas dan membuka tingkap untuk mendapatkan angin luar?

Jika ya! jadi anda adalah dalam kategori ini yang mana anda perlu melakukan servis setiap 6 bulan sekali. Insyaallah, jika rutin jadual servis ini dipatuhi, ia akan memastikan penghawa dingin anda bersih dan berjalan dengan baik seterusnya akan dapat meningkatkan jangka hayat aircond kepada tempoh yang lebihlama.

3. Hardcore User

Fuuuh Panassss!.. Anda tidak selesa dan merasakan rumah anda panas tidak kira siang dan malam dan anda menghidupkan aircond sepanjang masa 24/7, maka anda jatuh di bawah kategori ini. Tidak dapat dinafikan, ramai di antara kita jatuh di bawah kategori yang sama (termasuk saya)kerana cuaca di Malaysia yang boleh dikatakan panas sepanjang tahun.

Jadi, sekiranya aircond anda digunakan pada tahap ini, anda dinasihatkan untuk melakukan servis aircond setiap 3-4 bulan untuk memastikan aircond anda dapat memberikan udara segar dan nyaman untuk anda dengan sempurna. Anda juga digalakkan untuk melakukan cucian filter penapis habuk aircond sendiri setiap bulan bagi memastikan tiada habuk yang menghalang laluan udara ke dalam unit aircond anda.

Jadi, Sekarang dah tahu kan anda berada dalam kategori mana? mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda memanggil technican untuk datang melakukan servis aircondĀ  rumah anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *