5 Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh Pemilik Aircond

Dengan cuaca panas tak kira siang atau malam sekarang ini, Aircond merupakan salah satu barang elektrik yang wajib kena ada di rumah. Especially di kawasan bandar, majoriti pemilik rumah pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya 1 unit aircond. Betul tak?

Walaubagaiamanapun, sesetengah daripada kita terlepas pandang dan tidak mengambil berat keadaan unit aircond mereka yang telah berkerja keras tidak kira masa untuknya. Kesilapan ini sering berlaku tetapi apakan daya kita adalah manusia yang tidak sempurna. Kan?!

Kali ini, kami ingin membongkar apakah 5 kesilapan utama yang sering dilakukan oleh kebanyakan pemilik ke atas unit aircond mereka. (Bukan Anda tau!)

1. Tidak menutup aircond melalui remote control

Apabila bangun daripada tidur pada waktu pagi, sesetengah dari kita mungkin telah terlambat untuk pergi kerja dan secara tergesa-gesa terus mematikan suis aircond tanpa melalui remote control. Ada juga yang memang dengan sengaja malas untuk mencari remote control yang entah ke mana.

Tahukah anda bahawa cara ini sangat berisiko kerana apabila anda menutupkan Aircon dengan betul menggunakan remote control, ia akan mengambil masa beberapa saat untuk menutup sistem kompresor dengan sempurna dan selamat.

Walaubagaimanapun, sekiranya mereka mematikan terus melalui suis utama, sistem elektronik pada aircond akan beranggapan bahawa telah berlaku gangguan kuasa dan hasilnya jika diperhatikan ia akan menyebabkan aircond mengambil masa yang lama untuk dihidupkan semula. Untuk jangka masa panjang, kita sedang meletakkan risiko kerosakan yang tinggi kepada sistem aircond milik kita sendiri.

2. Tidak Peduli Masalah Aircond

Ada sesetengah daripada kita mengabaikan sahaja bunyi pelik yang keluar daripada unit Aircond mereka sedangkan itu adalah salah satu tanda besar bahawa aircond mereka sedang menghadapi masalah. Ada yang tidak mempedulikannya untuk tempoh yang sangat lama hingga akhirnya nanti ia langsung tak dapat dihidup dan berfungsi. Pada waktu barulah rasa nak hubungi technican bagi melakukan pemeriksaan. Tapi sayang semuanya dah terlambat. Orang cakap “nasi sudah menjadi bubur”. Nak menyesal pun tiada gunanya.

Technican datang dan sahkan ianya telah mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat dibaiki lagi dan jika anda tetap mahu membaikinya semula sekalipon, kos yang terlibat sangat tinggi dan tidak berbaloi.

Akibat daripada kecuaian dan sikap suka bertangguh ini, mereka terpaksa untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli unit aircond yang baru. Kesian..

3. Mudah tertarik dengan tawaran servis murah

Memang benar kata mereka tak semestinya harga servis yang murah itu tidak bagus. Tetapi anda mereka pernah berfikir kenapa ada “technican” yang mampu berikan harga murah yang tidak masuk akal ini. Kami ingin menegaskan dalam urusan melibatkan servis yang bagus terdapat harga yang perlu dibayar untuk kepakaran, kualiti dan jaminan yang disediakan oleh sesebuah syarikat tersebut.

Jangan berasa pelik jika terdapat “Technican Import” tidak bertauliah yang menawarkan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal. Ini kerana, mereka tidak mengeluarkan modal pembelajaran dan sijil kepakaran yang diperakukan. Bagaimanapula dengan barangan dan kualiti bahan yang digunakan. Adakah ianya selamat digunakan?.

Ya, anda membayar mereka murah, tetapi adakah mereka akan ambil peduli dengan jaminan hasil kerja dan keselamatan rumah anda kelak?. Sekiranya berlaku yang tidak diingini seperti kebakaran akibat litar pintas berpunca dari kerja pendawaian yang tidak sempurna. Nauzubillah.. minta dijauhkan!

4. Menyembunyikan Unit Luar (Outdoor Unit) Aircond

Oleh kerana ingin membuatkan rumah kelihatan cantik dan mendapat pujian orang, terdapat sesetengah pemilik yang sanggup menyorokkan unit outdoor aircond mereka di sebalik pokok yang besar atau di tempat tersorok yang tidak sesuai . Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana tindakan ini akan menyebabkan terhalangnya aliran udara luar masuk ke dalam kondenser sehingga menyebabkan kesukaran unit aircond memproses udara sejuk ke dalam rumah anda.

5. Skip Jadual Servis Aircond

Tidak dapat dinafikan semua orang pernah melakukannya. Ada yang melakukannya bukan hanya untuk tempoh setahun, malah ada yang melangkau sehingga ke beberapa tahun dan merasakan tidak akan ada apa-apa masalah pun yang berlaku.

Mereka menyangkakan dengan hanya lakukan cucian dan bersihkan sendiri filter dan menyangkakan aircond telah kembali sejuk ianya sudah memadai. Ya mungkin tiada apa yang rosak tetapi cuba lihat kepada kenaikan dalam bil elektrik pula. Sebenarnya mereka juga sedang memendekkan jangka hayat Aircond kerana sistem dalaman yang tersumbat akibat kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga menyebabkan keseluruhan unit aircond mereka mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.

Jadi, adakah kita nak termasuk seperti mereka yang di atas ni? Jangan ulangi kesilapan ini selamanya. Sudah tentu anda mahu menjimatkan duit anda untuk digunakan di tempat yang lebih penting kan?

Sekiranya jawapan anda adalah “YA”, maka sudah tiba masanya untuk anda memanggil syarikat yang mempunyai kepakaran dan technican terlatih dipercayai mampu memberikan servis terbaik untuk aircond anda. Sifu Servis Aircond salah satunya. Ops. terpromosi pulak. Okay bye. Jumpa di lain pertemuan. Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *